
Antara kucing yang diselamatkan.
JIANGSU - CHINA. Aktivis haiwan dari wilayah ini berjaya menyelamatkan ribuan kucing yang akan dihantar ke restoran dipercayai untuk dijadikan salah satu menu masakan, lapor CCTV News.
Lebih 2,000 kucing yang akan di hantar ke restoran di Guangdong berjaya diselamatkan selepas sukarelawan menemui trak yang dipenuhi kucing dan kemudian membuat laporan kepada pihak berkuasa.
Pihak berkuasa berjaya menahan dan merampas kucing-kucing berkenaan dan sedang mengenalpasti pemilik kucing-kucing itu.
Isu berkaitan hak asasi haiwan menjadi perdebatan hangat di China selepas beberapa kejadian seumpama ini sering berlaku dan memimbulkan konflik antara peniaga haram dan aktivis.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: