![]() |
LELAKI berkulit agak gelap dan berbadan kecil itu berdiri di hadapan tali yang tergantung di Gua Niah, Taman Negara Niah, Miri, Sarawak.
Di sampingnya, terdapat tiga lagi lelaki yang membawa galah panjang, bekas berisi makanan dan minuman, beg bersaiz sederhana serta lampu suluh.
Dengan pantas lelaki yang berasal dari Mukah itu memanjat dua tali yang tergantung di gua tersebut yang panjangnya mencecah 30 meter. Aksinya umpama Spiderman dan tidak sampai lima minit dia telah berada di sebuah lubang di bumbung gua tersebut.
Di situ kelihatan banyak sarang burung walit dan rakannya yang berada di bawah menghulurkan sebatang buluh panjang. Jin Kasa, 46, lantas mencapai galah tersebut untuk memulakan kerjanya menjolok dan mengambil sarangsarang burung walit di lubanglubang di Gua Niah itu.
Begitulah rutin kerjaya Jin sejak tahun 1986 dan adakalanya dia terpaksa bermalam di dalam lubang tersebut sekiranya ia susah hendak diterokai dan sarang burung walit terletak agak ke dalam.
“Pernah saya berada di dalam lubang selama dua hari untuk mengambil sarang burung walit kerana ia terletak jauh ke dalam dan lubangnya agak sempit.
“Saya tidak turun kerana ia lebih memenatkan dan mengambil masa untuk naik semula. Saya akan menunggu waktu yang sesuai dan meneruskan usaha untuk mengambil sarang tersebut,” cerita bapa kepada dua anak itu yang biasanya memasuki satu hingga tiga lubang sehari.
Jin daripada suku kaum Iban berhijrah ke Miri untuk menjadi pencari sarang burung walit setelah dipelawa oleh rakanrakannya. Meskipun pada awalnya perasaan bimbang dan takut menyelubungi dirinya, pendapatan yang lumayan hasil pekerjaan itu membuatkan Jin bertekad untuk meneruskan kerjaya tersebut.
Menurutnya, pada sekitar tahun 1990an, pendapatannya boleh mencecah sehingga RM8,000 sebulan. Namun, katanya, dia hanya mengambil upah mencari sarang burung walit berikutan setiap lubang di gua tersebut mempunyai tuan.
Setiap sarang yang diperoleh akan ditimbang dan diserahkan kepada majikannya sebelum diberi upah. Upah tersebut akan dibahagikan sama rata dengan rakanrakan yang turut membantu dalam proses pencarian tersebut.
Harga pasaran

LELAKI ini membersihkan sarang burung walit sebelum dijual kepada pembeli.
Sarang burung walit mempunyai nilai yang tinggi di pasaran sama ada dalam industri produk kecantikan atau kesihatan.
Sarang burung walit yang diternakpada tahun 2010 dijual dengan harga antara RM4,300 hingga RM4,500 sekilogram (kg) manakala sarang walit yang berada di gua mencecah RM1,300 hingga RM1,500 sekg.
Dari segi kualiti, sarang walit yang diternak mengandungi lebih banyak air liur manakala sarang walit gua mempunyai lebih banyak bulu berbanding air liur.
Bagaimanapun, sejak tahun 2010, harga pasaran sarang burung walit gua mulai jatuh ekoran kewujudan perusahaan ternakan sarang burung walit.
“Kini, harga sarang burung walit jatuh sehingga mencecah RM300 sekg. Hasil juga semakin berkurangan dan ia menjejaskan pendapatan kami.
“Kalau dahulu saya boleh dapat sehingga 20kg sarang untuk setiap bulan, namun sekarang untuk mendapatkan sekilo pun susah,” ujarnya dalam seminggu bekerja selama empat hari.
Kerjayanya bukan sekadar berdepan dengan ketinggian tetapi dia perlu berhatihati ketika berada di dalam lubang gua kerana gusar jika terleka, jasadnya mungkin boleh digigit serangga berbisa seperti kala jengking dan labahlabah.
Menceritakan detikdetik hitam sepanjang menjadi pencari sarang burung, Jin memberitahu, dia pernah terjatuh sebanyak dua kali ketika sedang bergayut pada tali untuk ke puncak bumbung gua.
“Kali pertama pada tahun 1990. Ketika itu saya berada pada ketinggian kirakira sembilan meter. Lukanya tidak banyak cuma sakitsakit badan.
“Kejadian yang paling saya tidak boleh lupakan berlaku 12 tahun lalu. Ketika itu, saya terjatuh pada ketinggian 18 meter ekoran tali yang licin,” ceritanya mengenang kembali kejadian yang menyebabkannya mengalami kecederaan teruk pada badan terutama belakang, pinggang dan tulang rusuk patah.
Walaupun hampir menempah maut, Jin tidak serik dan meneruskan aktiviti itu demi keluarganya.
“Hidup saya untuk isteri dan anakanak. Saya mahu memastikan anakanak saya mendapat pendidikan yang tertinggi. Saya juga mahu memastikan kesihatan anakanak saya terjamin. Selagi terdaya, kudrat masih ada, gua inilah tempat saya mencari rezeki,” ujarnya.
Anak Jin, Augistine Padin merupakan pelajar tingkatan empat sebuah sekolah di Miri manakala anak bongsunya, Elice Sulvia Susan Serney berumur 10 tahun.
Elice menghadapi masalah kesihatan berkaitan paruparu dan Jin perlu berkorban untuk mencari wang bagi membiayai kos perubatan anaknya itu.
Rawatan
![]() |
Setiap dua bulan sekali, Jin perlu membawa anak perempuannya itu ke Hospital Miri untuk membuat rawatan dan pemeriksaan susulan.
Dalam mengharungi kehidupannya, Jin berasa bertuah kerana anak sulungnya, Augistine juga turut sama membantunya ke gua mencari sarang burung walit.
Augistine berkata, dia hanya bertindak sebagai penunggu di bahagian bawah dan akan menghulurkan barang apabila diminta oleh bapanya yang panggil apai. Dalam bahasa Iban apai bermaksud ayah.
“Apai tidak mengizinkan saya untuk memanjat tali. Pernah saya meminta izin, namun tidak berjaya.
“Apai tidak mahu saya menempah bahaya. Dia hanya mahu saya membantu dan melihat bagaimana kesusahan dia bekerja,” kata Augistine.
Augistine memberitahu, keperitan bapanya mencari rezeki membuatkan dia lebih bersemangat ke sekolah bagi mengubah nasib keluarganya pada masa depan.
Bercerita pengalaman membantu bapanya, Augistine ternyata bersyukur dan seronok kerana dapat membantu meringankan tugas tersebut.
“Saya rasa seronok kerana boleh mendekati alam dan melihat sendiri proses pencarian sarang burung walit berbanding orang lain yang tidak mempunyai peluang itu.
Rakan sekerja Jin, Julai Mawi, 47, turut bertindak sebagai pembantu di bahagian bawah gua.
Julai yang mengalami masalah kesihatan tidak mampu melakukan pekerjaan yang memenatkan.
“Tugas orang yang di bawah juga tidak kurang pentingnya kerana kami perlu menghulurkan galah dan mengambil sarangsarang burung yang telah dikutip,” ujar Julai.


No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: