Friday, November 28, 2014

Kutip derma dari Tebrau ke Pasir Gudang



MAWI (tiga dari kiri) bersama wakil-wakil penaja projek amalnya, Program MWE Tabung Bantuan Pembangunan Untuk Gaza Palestine pada sidang akhbar di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KESENGSARAAn rakyat Palestin yang ditindas secara berterusan sejak lebih separuh abad lalu terus mendapat perhatian rakyat Malaysia. Terpanggil menyalurkan sumbangan, penyanyi popular, Mawi menerusi syarikat miliknya, Mawi World Entertainment Sdn. Bhd. (MW Entertainment) akan menjalankan sebuah program konvoi motosikal berkuasa besar bagi mengutip dana untuk Tabung Kemanusiaan Gaza.
Diberi nama Program MWE Tabung Bantuan Pembangunan Untuk Gaza Palestine, konvoi bermotosikal itu akan bermula dari 6 hingga 7 Disember ini melewati lima daerah terpilih di negeri Johor iaitu Tebrau, Pagoh, Mersing, Kota Tinggi dan Pasir Gudang.
Konvoi yang disertai seramai 30 orang itu turut mendapat kerjasama daripada Pertubuhan Aman Palestin Malaysia
“Konvoi tersebut akan disertai selama 30 penunggang motosikal dan memulakan perjalanan dari destinasi pertama iaitu Tebrau. Setiap lokasi yang kami lawati, kumpulan konvoi akan meluangkan masa selama dua jam bagi menjalankan kerja kutipan derma.
“Selain kutipan, pihak Aman Palestin juga akan menjalankan beberapa acara selingan seperti perkongsian pengalaman, pameran dan aktiviti bersama artis.
“Objektif pihak MW Entertainment menjalankan program seperti ini adalah mengajak orang ramai khususnya rakyat di negara ini menyelami penderitaan rakyat Gaza. Selain itu, harap acara sebegini mampu menanamkan keprihatinan dan sikap pemurah untuk membantu sesama kita,” beritahu Mawi.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: