- Norsyafiqah (tengah) bersama ibu bapanya hadir pada Majlis Sambutan Hari Bayi Pramatang Sedunia 2014 peringkat HPSF, di sini, baru- baru ini.
MUAR – Melihat bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan (bayi pramatang) membesar dengan sihat adalah kegembiraan dan pengalaman berharga buat pasangan suami isteri terlibat.
Bagi Norhasini Ishak, pelbagai pengalaman dilalui bermula ketika isterinya, Mariam Othman mengandungkan anak bongsu mereka, Norsyafiqah sehingga kelahirannya pada 8 Mac 2004 di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar.
Norhasini yang juga Guru Sekolah Kebangsaan Parit Setongkat, Jalan Salleh berkata, Norsyafiqah merupakan bayi pramatang paling kecil yang dilahirkan di HPSF serta menjalani rawatan di unit rawatan rapi neonatal (NICU) hospital berkenaan.
“Norsyafiqah terpaksa dilahirkan awal melalui proses pembedahan akibat masalah tekanan darah tinggi dihadapi isteri sepanjang kehamilan.
“Dia dilahirkan pada usia kandungan 28 minggu dengan berat 505 gram dan perlu menjalani rawatan di NICU kira-kira 100 hari,” katanya selepas Majlis Sambutan Hari Bayi Pramatang Sedunia 2014 peringkat HPSF, baru-baru ini.
Norhasini berkata, sokongan keluarga dan pihak hospital terutama doktor serta jururawat menjadikannya kuat dan tabah berhadapan situasi kelahiran anaknya itu.
Menurutnya, dia lega apabila Norsyafiqah menunjukkan perkembangan baik dengan pertambahan berat badan kepada 1.6 kilogram pada usia tiga bulan.
“Masa Norsyafiqah empat bulan, sekali lagi saya cemas apabila dia salin kulit yang mana kebiasaannya proses ini berlaku ketika bayi dalam kandungan.
“Memang sangat mencabar, setiap hari saya dan isteri akan sapukannya krim khas diberikan pihak hospital,” katanya.
Norhasini berkata, penjagaan Norsyafiqah sedikit rumit berbanding tiga anaknya yang lain kerana antibodinya lemah dan mudah terkena penyakit serta perlu segera dirujuk ke klinik apabila sakit atau demam.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: