- Bom tangan lama yang ditemui di kawasan tanah yang dibersihkan Omar, kelmarin.
KLUANG - Seorang warga emas yang sedang membersihkan kawasan tanah miliknya di Jalan Derumun, Kampung Dato’ Abdul Rahman Yassin, di sini, terkejut dengan penemuan sebutir bom tangan lama, kira-kira jam 10 pagi, kelmarin.
Omar Othman, 64, berkata, dipercayai bom tangan lama itu digunakan ketika Perang Dunia Kedua dan dia tidak menyangka ia tertinggal di kawasan kediamannya.
Menurutnya, dua bulan lalu dia pernah terjumpa bahagian kepala bom tangan lama berkenaan namun tidak mengendahkan ia kerana menyangka ia sekadar serpihan besi.
“Tetapi pagi ini (kelmarin) saya menemui bom tangan itu yang pada awalnya dibiarkan begitu sahaja.
“Lama kelamaan saya lihat benda itu seperti bom, membuatkan saya terbantut mahu meneruskan kerja membersihkan kawasan tapak rumah.
“Sukar untuk dipercayai kerana bom tersebut telah lama berada di situ dan ia hanya ditemui setelah saya membersihkan semak samun sebelum diratakan untuk dijadikan tapak rumah.
“Mujurlah ketika terjemur cuaca panas, bom ini tidak meletup, jika tidak sudah pasti ada yang akan menjadi mangsa,” katanya, semalam.
Omar berkata, selepas menemui bom tangan berkenaan dia terus menghubungi pihak berkuasa bagi mengesahkan sama ada ia bahan letupan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Roze mengesahkan kejadian tersebut dan tindakan selanjutnya diserahkan kepada Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Johor.
“Sepasukan lapan anggota UPB dikejarkan ke tempat kejadian sebelum bom itu diletupkan di kawasan lapang di Jalan Derumun 8, tidak jauh dari lokasi ia ditemui.
“Bom tersebut dipercayai daripada jenis PRV 36 buatan British, digunakan pada Perang Dunia Kedua, 1945,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: