PORTAL video tempatan Tonton (www.tonton.com.my), berjaya menguasai pencalonan di Anugerah Televisyen Asia 2014 (ATA 2014) bagi kategori Program / Siri Fiksyen Digital & Bukan-Fiksyen Terbaik.
Ia merupakan kategori yang pertama kali diperkenalkan mulai tahun ini untuk mengiktiraf perkembangan trend penghasilan original kandungan digital.
Menariknya, Tonton berjaya menggondol empat daripada enam pencalonan dalam kategori ini menerusi siri drama web Autumn Di Hatiku, Autumn Di Hatiku 2, Dan Calonnya Adalah... serta Stand Up iaitu sebuah persembahan komedi web.
Ketua Penjenamaan Tonton & Platform Digital TV, Media Prima Digital, Shahida Azad Jamaluddin berkata, pihaknya berbesar hati kerana empat Siri Original Tonton telah di senarai pendek sebagai finalis di ATA tahun ini.
"Kejayaan ini sangat bermakna buat kami yang telah berusaha keras memacu penghasilan kandungan digital untuk tontonan umum selain kualiti produksi yang terbaik.
"Dengan mengetahui wujudnya keperluan untuk penonton di dunia global menikmati bukan sahaja kandungan TV, kami akan terus menawarkan lebih banyak kandungan digital di tahun 2015 kelak," katanya.
Jelasnya, Tonton berjaya mencatatkan lebih 4 juta pengguna berdaftar sehingga kini.
"Pengguna di seluruh dunia boleh menonton kesemua siri web yang dicalonkan termasuk siri web baharu Hanya Satu di www.tonton.com.my.," katanya portal itu telah menjangkau usia empat tahun, tahun ini.
Sedikit mengenai ATA 2014, lebih 239 pencalonan, menerusi 38 kategori yang melibatkan 13 buah negara bersaing untuk merebut kemenangan di ATA ke-19.
Pemenang bakal diumumkan pada Malam Anugerah Gala bertempat di Marina Bay Sands, Singapura pada 11 Disember 2014.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: