- Diana Amir
SELEPAS hampir setahun dihujani dengan soalan mengenai zuriat, pasangan sama cantik sama padan, Diana Amir dan suaminya, Mohd Habibbullah A Rahman teruja apabila mereka bakal menimang cahaya mata sulung pada akhir Februari depan.
"Alhamdulillah, saya bersyukur di atas rezeki yang dikurniakan ALLAH SWT kepada kami.
"Saya disahkan mengandung setelah pulang dari Paris kerana menjalani penggambaran travelog Kembara Ilmu.
"Kini saya sedang hamil enam bulan dan setelah melakukan imbasan kandungan pada minggu lepas, doktor mengesahkan kami bakal dikurniakan anak perempuan," katanya pada Zass.
Kata teraju utama filem Pe3 ini, kehamilannya itu sekali gus melenyapkan segala persoalan yang berbangkit.
"Saya akui ramai yang bertanya mengenai soal zuriat. Terus terang saya katakan, saya tidak rimas dengan soalan-soalan ‘panas’ seperti itu.
"Saya percaya dalam tempoh awal perkahwinan kami, ALLAH SWT memberi lebih peluang kepada kami untuk meluangkan masa bersama apatah lagi kami adalah jenis yang suka berjalan-jalan," katanya yang sudah melancong ke pelbagai negara seperti Maldives dan Indonesia.
Menceritakan mengenai usia kandungannya yang sudah memasuki trimester kedua, pelakon berusia 28 tahun ini memberitahu, alahannya kini sudah mulai berkurangan.
"Pada peringkat awal kandungan, saya mengalami alahan yang teruk. Sampaikan hendak makan pun tidak boleh.
"Ketika usia kandungan saya berusia tiga bulan, saya menjalani penggambaran drama bersiri, Cinta Ilahi. Ketika saya bekerja, saya tidak mengalami sebarang alahan tetapi jika saya bercuti, saya pasti akan mengalami alahan yang teruk.
"Daripada situ, saya baharu menyedari yang badan saya perlu sentiasa bergerak dan tidak boleh duduk diam. Baharulah saya akan rasa sihat. Tetapi, alahan saya kini sudah semakin hilang," katanya.
Ketika ditanya adakah dia akan terus berlakon walaupun sedang sarat mengandung kelak, pemilik nama penuh Nurdiyana Amir Hashim ini memberitahu:
"Keadaan badan akan berubah kelak, pastinya saya akan memilih watak yang bersesuaian. Pasti saja watak itu nanti tidak memerlukan saya terlalu aktif.
"Oleh sebab itu, saya kini lebih selesa untuk memberi pelbagai ceramah motivasi di universiti atau sekolah," katanya.
Bakal tinggalkan MIG
Beralih kepada soal kerjayanya pula, Diana memberitahu, dia bakal mengikut jejak aktres Yana Samsudin apabila mengambil keputusan untuk meninggalkan Metrowealth Pictures (MIG) selepas lima tahun di bawah naungan syarikat berkenaan.
"Februari depan tamatlah kontrak saya bersama MIG.
"Saya tidak berhasrat untuk menyambung kontrak lagi kerana kini saya pun lebih banyak bergerak secara solo.
"Sebelum ini, MIG banyak menguruskan soal yang berkaitan duta atau filem," katanya.
Bagaimanapun, kata bintang Aku Masih Dara ini, dia masih belum berbincang lagi dengan Mejar David Teo mengenai hasratnya itu.
Dalam perkembangan lain, Diana bakal muncul dalam drama bersiri Cinta Ilahi untuk siaran TV3 bersama aktor, Johan As’ari selain membintangi filem terbitan MIG, Raya Aidil dan Fitri untuk tayangan raya tahun hadapan.
"Saya juga akan terlibat dalam rancangan realiti, Adik-Adikku di RTM untuk slot mengajar bahasa Inggeris.
"Mengenai bidang pengacaraan pula, saya kini sedang direhatkan untuk satu musim dalam program SIS kerana faktor mengandung," katanya.
Pada masa sama, Diana juga akan muncul sebagai penampilan khas bersama suaminya dalam rancangan berbentuk travelog Kembara Ilmu yang mula bersiaran pada 27 November ini, jam 9 malam di TV Al Hijrah untuk dua episod.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: