KUALA LUMPUR: Pelakon Aishah Ilias mendedahkan perkenalannya dengan seorang pemuda terputus gara-gara kesibukannya dalam penggambaran drama bersiri Cinta Ibadah yang memerlukan dia berada di lokasi hampir setiap hari sejak Mac lalu.
Aishah, 27, berkata, dia mengenali individu berkenaan sebelum terlibat dalam drama 130 episod itu namun hubungan mereka tidak menjadi gara-gara pemuda tersebut tidak memahami kerjayanya sebagai pelakon.
"Dia orang biasa dan tidak faham jadual dan tugas saya sebagai pelakon, tambahan pula saya terlibat dalam drama bersiri itu sebanyak 130 episod.
"Jadual saya memang padat sehingga dapat berehat dua hari sahaja dalam sebulan dan selebihnya berada di set seawal pukul 7 pagi dan berakhir 12 tengah malam," katanya kepada mStar Online.
Aishah ditemui pada majlis selesai penggambaran Cinta Ibadah di Flora Terrace di sini pada malam Rabu lalu.
Selain Aishah drama yang sedang ditayangkan di Astro Maya HD itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Hisyam Hamid, Fattah Amin, Sherry Ibrahim dan Raja Ilya.
Dalam pada itu, Aishah berkata, dia tidak menyalahkan lelaki itu mengambil keputusan menjauhkan diri daripadanya kerana ia adalah pilihan terbaik buat mereka berdua.
Tambah Aishah, dia sendiri tidak yakin dapat mengekalkan hubungan berkenaan sekiranya mereka bercinta kerana tidak mempunyai masa untuk berbuat demikian.
"Hampir setahun terlibat dalam Cinta Ibadah saya memang tiada kehidupan peribadi dan kerja adalah teman paling rapat. Lelaki yang ingin berkenalan dengan saya pun lari. Nasib baik kami belum bercinta... Hahaha.
"Saya sendiri sebenarnya tidak sedar sebelum ini tentang komitmen yang perlu saya patuhi apabila bersetuju berlakon dalam drama ini. Ia bukan main-main dan perlu memberikan tumpuan seratus peratus," ujarnya.
Sementara itu, Aishah berkata, biarpun berasa penat berlakon dalam Cinta Ibadah tetapi dia mengakui ia antara pengalaman hebat sepanjang bergelar artis.
Dia juga berjaya mengasah bakat lakonannya dengan lebih baik iaitu teknik yang betul selain dapat mempelajari selok-belok kerja produksi.
"Macam-macam yang saya lalui sepanjang menjalani penggambaran drama bersiri ini termasuklah perkara baik dan buruk tentang industri lakonan.
"Bagaimanapun saya ambil perkara itu sebagai satu ilmu yang dapat membantu saya pada masa hadapan," ujarnya.
Tambah Aishah, sejak drama itu ditayangkan dia mendapat pelbagai tawaran daripada syarikat produksi namun terpaksa menolak kerana terikat dengan jadual drama itu.
Dalam perkembangan lain, Aishah berkata, buat masa ini dia ingin berehat seketika daripada dunia lakonan dan merancang bercuti bersama keluarganya sebelum kembali aktif.
"Hampir setahun saya jarang bersama keluarga dan ini adalah masanya saya ganti balik dengan membawa mereka bercuti sebelum kembali berlakon.
"Ibu saya ingin melawat negeri Melaka dan saya akan bawa dia ke sana nanti," ujarnya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: