KUALA LUMPUR: Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Jurey Latiff Rosli berharap namanya tidak disenarai hitam oleh stesen televisyen kerana kelantangannya memerjuangkan isu pengggiat seni termasuklah menganjurkan kempenSwitch Off'14.
Jurey berkata, menjadi tanggungjawabnya untuk membantu industri seni yang dilihat semakin nazak sejak akhir-akhir ini dan dia berharap agar pihak stesen televisyen berlaku adil dan bersifat terbuka dalam menangani masalah tersebut khususnya dalam usaha menaikkan bayaran terhadap produk-produk drama tempatan.
"Saya sentiasa berasa diri ini sebagai suara kepada industri dan menjadi tanggungjawab saya sebagai presiden gafim menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit.
"Diharap mereka tidak menyifatkan ia sebagai isu peribadi dan saya memohon agar semua pihak berlaku adil kepada saya yang hanya menjalankan amanah dan tanggungjawab," katanya kepada mStar Online.
Jurey ditemui selepas mengadakan mesyuarat bagi membincangkan cadangan-cadangan yang diberikan menerusi memorandum Switch Off'14 bersama 14 persatuan lain di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di sini pada Rabu.
Tambah Jurey yang juga merupakan pengerusi kempen tersebut, dia sudah lama bersedia dengan segala risiko dan kemungkinan yang bakal berlaku pada dirinya selepas memperjuangkan hak-hak penggiat seni negara.
"Saya tak pasti sama ada nama saya sudah, belum atau bakal digam oleh mereka kerana setakat ini saya belum menghantar sebarang kertas cadangan pada mana-mana stesen televisyen berikutan mahu memberi fokus terhadap masalah industri kita ini.
"Apa-apapun saya sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku. Cuma kalau boleh, janganlah kerana perkara ini mereka mahu membunuh kerjaya saya," ujarnya.
Sementara itu, Jurey bersyukur apabila pihak Finas turut memandang serius dengan masalah industri lebih-lebih lagi selepas Kementerian Komunikasi dan Multimedia memberi perhatian mengenai kempen Switch Off'14.
Antara 11 permintaan yang terkandung dalam resolusi kempen Switch Off'14 termasuklah mewujudkan Akta Industri Kandungan Kreatif, menaikkan kadar harga dan menyelaraskan belian kandungan di stesen-stesen televisyen, pengagihan slot televisyen yang lebih adil dengan menekankan 70 peratus kandungan tempatan dan Penguatkuasaan polisi Made In Malaysia (MIM) dan Puducitra.
Gabungan kempen berkenaan terdiri daripada 10 persatuan penggiat seni tempatan dan keanggotaannya termasuklah pelakon, kumpulan krew penerbitan dan pengiklanan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: