Oleh sebab itu, murid dari SJK (T) Wellesley di Lunas, Kedah yang memperoleh keputusan 7A dalam UPSR itu tidak percaya apabila melihat slip peperiksaannya.
Pravi berkata, dia tidak menduga memperoleh keputusan cemerlang dalam subjek itu kerana dia sering berusaha keras mempelajari Bahasa Tamil di sekolahnya.
"Basaha Tamil adalah subjek saya yang paling lemah dan saya tidak yakin sama ada boleh mencatat keputusan cemerlang bagi kertas Bahasa Tamil dalam peperiksaan itu.
"Tambahan pula, kertas itu semasa peperiksaan lalu amat sukar," kata Pravi ketika ditemui di rumahnya di Taman Desa Permai, Lunas pada Khamis.Pravi berkata dia memasuki sekolah tersebut sejak tahun satu dan tidak pernah bertutur dalam Bahasa Tamil.
"Saya tidak boleh bercakap atau menulis dalam Bahasa Tamil. Saya berusaha selama dua tahun tetapi ibu saya banyak memberikan galakan dan motivasi," katanya.
Pravi berkata, dia dan bapanya yang juga seorang mualaf bertutur dalam Bahasa Tamil sekali-sekala.
Ibunya, Sri Rahayu Sinaga Kamalluddin Sinaga, 37, berkata dia sentiasa mahukan anak-anaknya untuk menguasai semua bahasa di Malaysia.
"Oleh sebab itu saya menghantar Pravi ke sekolah Tamil, manakala anak lelaki sulung saya pergi ke sekolah kebangsaan dan anak bongsu saya bersekolah di sekolah Cina," katanya.Guru besar, N. Majiappen berkata Pravi antara 15 pelajar yang memperoleh keputusan 7A di sekolah itu.
"Pravi seorang murid yang bijak tetapi memang benar dia terpaksa berusaha keras bagi subjek Bahasa Tamil. Dia antara salah seorang pelajar harapan kita untuk memperoleh keputusan 7A dan dia tidak mengecewakan kami," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: