![]()
ADNAN (memegang piala kanan) mengumumkan ganjaran lumayan bakal diberikan kepada skuad Pahang ekoran kejayaan mereka muncul juara Piala Malaysia selepas menewaskan Johor Darul Takzim pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jali Sabtu lalu.
|
SKUAD Pahang bakal menerima ganjaran wang tunai daripada kerajaan negeri yang bernilai dua kali ganda daripada tahun sebelumnya ekoran kejayaan pasukan itu memenangi Piala Malaysia pada Sabtu lalu.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, jumlah itu sangat berbaloi dengan kejayaan mereka membawa pulang Piala Malaysia selepas menewaskan Johor Darul Takzim (Johor DT) 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu lalu.
“Saya tidak mahu umumkan berapa, tetapi jumlahnya adalah 'double' daripada tahun sebelum ini. Saya rasa ganjaran tersebut sangat berbaloi untuk wira-wira Pahang.
“Selain daripada wang tunai, kerajaan negeri akan mempertimbangkan untuk memberi beberapa insentif yang lain, cuma saya tak boleh umumkan di sini kerana mahu bersikap adil kepada semua,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan kepulangan wira-wira Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan semalam.
Pada tahun lalu, Adnan mengumumkan ganjaran wang tunai berjumlah RM30,000 kepada seluruh pemain, pegawai termasuk pasukan sokongan skuad Tok Gajah ekoran kejayaan mereka memenangi Piala Malaysia 2013.
Menurut beliau, ganjaran tersebut akan diberikan kepada seluruh pasukan termasuklah pemain, pegawai dan pasukan sokongan.
“Semua yang terlibat kita akan bagi termasuklah tukang buat air. Jumlah itu nanti kita akan umumkan tetapi yang pasti ganjaran ini kita akan berikan secepat mungkin,” katanya.
Musim ini, Pahang telah menjulang tiga trofi dalam saingan Liga Malaysia iaitu Piala Sumbangsih, Piala FA dan Piala Malaysia.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: