Monday, November 3, 2014

Dedah perut : Hanis Zalikha dikritik!


  • Hanis ZalikhaHanis Zalikha

PENGACARA popular ini sememangnya menjadi perhatian peminat kerana penampilannya sentiasa terkini.

Namun baru-baru ini dia sekali lagi menjadi perhatian gara-gara pakaian yang dikenakan sewaktu penggambaran bagi sebuah majalah tempatan menampakkan sedikit bahagian perutnya.

Perkara itu menyebabkan pemilik nama Hanis Zalikha ini dikritik hebat oleh pengikutnya di laman sosial Instagram.

Tertekan dengan kritikan tersebut, Hanis bagaimanapun bertindak menyekat beberapa pengikutnya kerana tidak mahu melayan komen-komen yang keterlaluan.

Pun begitu, sehingga kini pelakon Gangster Celop ini masih belum memberikan kenyataan berhubung kontroversinya itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: