Monday, November 3, 2014

Bertuahnya Lara Alana


  • Bertuahnya Lara Alana

BUKAN sahaja ayah dan ibunya menjadi tumpuan, sebaliknya anak mereka Lara Alana yang baru sahaja berusia 3 bulan turut mendapat perhatian hebat daripada peminat.

Sehinggakan laman sosial Instagram yang dibuka khas untuk si cilik itu awal minggu lalu telah mencecah 169 ribu pengikut (sehingga Jumaat lalu).

Menariknya, selain mempunyai peminat sendiri Lara juga sering menerima pelbagai hadiah daripada mereka.

Menurut Awal Ashaari, dia tidak sangka kelahiran Lara benar-benar mendatangkan tuah dan kegembiraan buat dia dan Scha. 

"Tidak dapat saya bayangkan apabila anak kami dihadiahi pelbagai barangan berjenama dan mahal seawal usianya ini.

"Malah dia juga telah mempunyai sebuah kereta BMW mainan yang direka khas untuk kanak-kanak hasil pemberian seorang kenalan," katanya.

Tambah Awal, selain alat permainan, mereka juga sering menerima pelbagai koleksi pakaian untuk Lara.

"Setakat ini dia telah mempunyai lebih 200 pasang baju termasuklah yang dihadiahkan oleh peminat," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: