Sunday, November 2, 2014

Debaran ke pentas akhir AJL 29



Tomok


SABAN tahun, baik penggiat seni mahupun pengikut setia dunia muzik tanah air, program berprestij Anuge­rah Juara Lagu (AJL) antara yang ditunggu-tunggu ramai.
Hampir tiga dekad penganjuran, AJL edisi ke-29 kini sudah tiba ke peringkat pencalonan separuh akhir.
Detik yang paling mendebarkan itu bakal menyaksikan 30 buah lagu berentap untuk me­nempah tiket ke pentas akhir yang dijadual berlangsung pada Januari tahun depan.
Justeru, sebanyak tiga pusingan separuh akhir Muzik Muzik bakal diadakan pada 14, 21, dan 28 November ini.
Tirai pembukaan separuh akhir Muzik Muzik ke-29 pada 14 November nanti bakal menampilkan sebanyak 10 buah lagu dipertandingkan.
Antara pencalonan lagu yang berjaya ke peringkat separuh akhir pada hari tersebut ialah Akhiri Penantianku (Alif Satar), Gilalah (Stacy), Cinta Tak Pergi (Tomok & Yana), Malaikat (Hazama The Penglipurlara), Romancinta (MOJO), Hilang (Najwa Latif), Si Putih Si Merah (Black & RJ), Rentak Laguku (Bunkface & Amy Search) dan Dunia & Syurga (Akim Ahmad).

INDAH RUHAILA


Pada 21 September pula, sebanyak 11 lagu yang tercalon iaitu Di Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah), Aku Juga Manusia (Amir Jahari), Dia Yang Kau Pilih (Shahir), Matahari (Hafiz), Gadis Jolobu (Datuk Hattan & Waris), Arjuna Beta (Fynn Jamal), Pasti Sempurna (Kristal), Kau Pergi Jua (IamNeeta ft. Najwa Latif), Infiniti Cinta (Zizan & Kaka) dan dua buah lagu nyanyian Encik Mimpi iaitu Rindukanlah dan Ayuh Tinggalkan Dia.
Sementara itu, lapan buah lagu lagi yang bersaing pada 28 November nanti ialah Jodoh Berdua (Hafiz Hamidun), Mewangi (Akim & The Majistret), Percayalah (Indah Ruhailah), Sesal Separuh Nyawa (Alyah), Apa Khabar (Joe Flizzow ft. Sona One), Al Haq Yang Satu (Mawi & Datuk AC Mizal), Lelaki (Yuna) dan Tak Pernah Berjumpa (Forteen).
Kesemua lagu yang bakal bersaing itu nyata mempunyai kekuatan tersendiri dari segi lirik dan susunan melodi.
Jika diperhatikan juga, beberapa muka baharu turut tercalon ke peringkat separuh akhir, antaranya Encik Mimpi, Indah Ruhaila dan Fynn Jamal.
Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, program hiburan muzik seperti AJL merupakan platform yang baik untuk mengetengahkan bakat-bakat besar penggiat seni tanah air.

ENCIK MIMPI


“Program se­perti ini menjadi anjakan utama bagi komposer, penulis lirik dan penyanyi lagu tempatan untuk terus berkarya untuk memantapkan industri muzik di negara ini.
“Justeru, penganjuran AJL edisi ke-29 ini kami ingin terus menghargai bakat seni terutamanya golongan muda yang banyak memberi inspirasi dalam memeriahkan industri hiburan tanah air,” katanya.
Apa yang pasti, sebanyak 12 lagu sahaja yang bakal mara ke pentas akhir AJL 29 nanti.
Orang ramai yang ingin menyaksikan artis kegemaran mereka bertanding di gelanggang separuh akhir boleh hadir ke Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor pada 14, 21 dan 28 November ini pada pukul 9 malam.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: