Monday, November 3, 2014

Pekin: 'Keluarga mahu kami berbaik'


  • PekinPekin

KISAH cinta kedua pelakon popular ini pernah menjadi tumpuan awal tahun lalu apabila ianya menemui jalan buntu.

Meskipun sudah beberapa bulan berlalu, namun masih ramai yang tertanya-tanya apakah hubungan mereka masih mampu diselamatkan lagi.

Ditemui di majlis kesyukuran dan pelancaran poster filem Rumah Pusaka Di Simpang Jalan kelmarin,  jelas Pekin, hubungannya dengan Uqasha Senrose bukan lagi seperti dahulu.

"Kami dah tiada apa-apa, kalau bertemu pun hanya di majlis seni. Sebab itulah, apabila keluarga mahu kami berbaik, saya terpaksa menolak.

"Lagipun sekarang bukan masa yang sesuai," katanya yang masih akrab dengan keluarga Uqasha.

Mohd Iznan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Pekin Ibrahim ini turut menegaskan, dia masih belum memikirkan soal mencari cinta baharu.

"Kalau ikutkan memang saya nak akhiri zaman bujang tahun ini, tapi nak buat macam mana jodoh tak kesampaian.

"25 Oktober lalu merupakan hari lahir saya yang sepatutnya menjadi hari bahagia saya. Apa pun, saya tidak mahu memikirkan perkara itu lagi," katanya.

Tambah Pekin, dia tidak menolak jodoh sekiranya bertemu wanita yang tepat.

"Kali ni kalau saya jumpa yang berkenan, memang saya ajak kahwin terus," katanya yang selesa mencari jodoh sendiri dan bukan atas pilihan keluarga.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: