Harith Haikal (kiri) dan Muhammad Syabil membuat persembahan ketika Majlis Graduasi MRSM Kuala Krai, baru-baru ini.
KUALA KRAI - Tanpa disangka-sangka, dengan hanya mempelajari piano melalui laman sosial 'You Tube', seorang pelajar tingkatan dua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai berjaya mengharumkan nama sekolah.
Harith Haikal Kamaruzaman, 14 bergabung dengan rakannya, Muhammad Syabil Shariffudin, 14 yang bermain alto saksofon berjaya mendapat tempat kedua pada Pertandingan Muzikal MRSM Se-Malaysia setelah menang dalam kategori solo, duo.
Walaupun kedua-dua pelajar ini amat meminati instrumen muzik tetapi mereka hanya menjadikannya sebagai hobi masa lapang kerana hasrat utama adalah belajar sehingga ke peringkat tertinggi.
Harith Haikal yang merupakan anak kepada seorang doktor dari Pengkalan Chepa sentiasa menggunakan piano yang dibeli oleh ibu bapanya pada masa lapang.
Katanya, bagi memahirkan diri dengan satu-satu lagu, dia akan mempelajarinya melalui You Tube kerana merasakan medium tersebut mudah difahami dan dia mampu menguasai sesebuah lagu dalam masa sebulan.
"Boleh dikatakan You Tube menjadi guru setiap kali saya cuba menguasai sesebuah lagu mengguna piano," katanya.
Sementara itu, Muhammad Syabil berkata, pengalaman menyertai pertandingan rekoder semasa di sekolah rendah banyak membantunya memahirkan diri bermain alto saksofon.
Menurut anak ketiga daripada lima beradik ini, dia pernah mewakili Kelantan pada peringkat kebangsaan ketika berusia 11 dan 12 tahun.
"Walaupun hanya mendapat tempat kedua pada pertandingan berkenaan, saya dan Harith Haikal tetap gembira memandangkan penyertaan melibatkan 28 pasukan dari seluruh negara," katanya.
Kemenangan tersebut membolehkan kedua-duanya membawa pulang sijil dan plak yang sekali gus membanggakan guru pembimbing mereka, Umi Kalsum Jusoh.
Umi Kalsum berkata, kedua-dua pelajarnya itu bukan sahaja cemerlang dalam bidang muzik, malah sentiasa memperoleh keputusan membanggakan dalam akademik sehingga mendapat anugerah pada setiap peperiksaan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: