Pemeriksaan kadar ketelusan cahaya cermin gelap bagi memastikan ia mengikut spesifikasi yang ditetapkan JPJ.
BANDARAYA MELAKA - Sebanyak 859 notis advokasi penggunaan cermin gelap tidak menepati spesifikasi dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka dalam beberapa operasi sejak seminggu lalu.
Pengarahnya, Azaharuldin Abdullah berkata, pengeluaran notis advokasi ini adalah bertujuan mendidik pemilik kenderaan supaya memahami kadar peratusan ketelusan cahaya yang dibenarkan JPJ bagi penggunaan cermin gelap sebelum ia dikuatkuasakan tahun depan.
Menurutnya, dalam tempoh ini, mana-mana pemilik kenderaan yang didapati tidak mengikuti spesifikasi yang ditetapkan tidak akan disaman tetapi akan dinasihatkan supaya memastikan cermin gelap yang mereka gunakan memenuhi spesifikasi.
“Bagaimanapun, apabila perundangan baru mengenai penggunaan cermin gelap ini dikuatkuasakan tahun hadapan, tiada lagi kelonggaran akan diberikan kepada mereka,” katanya kepada media selepas satu operasi bersepadu yang dijalankan di Lebuh AMJ di sini malam kelmarin.
Di bawah peraturan baharu itu, kadar ketelusan cahaya nampak bagi cermin belakang dan sisi penumpang belakang adalah 30 peratus manakala bagi sisi pemandu dan penumpang hadapan pula pada kadar 50 peratus.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: