Wednesday, April 16, 2014

Untung jual petrol Malaysia


AZIZAH (kanan) menuang petrol yang diseludup dari Malaysia ke dalam tangki minyak motosikal pelanggannya di pekan Sungai Golok, Thailand kelmarin.


SUNGAI GOLOK (Selatan Thailand) - Penyeludupan minyak petrol dan diesel bersubsidi Malaysia ke Thailand bukan sahaja terus berlaku malahan menjadi bisnes menguntungkan apabila bahan bakar itu dijual semula secara terbuka di tepi-tepi jalan di pekan Sungai Golok di sini sehingga ke Narathiwat.
Bisnes minyak seludup yang dipasarkan dalam botol kecil setengah liter itu semakin rancak sehingga mengakibatkan segelintir pengusaha stesen minyak di kawasan terbabit terpaksa 'gulung tikar'.
Keadaan berlaku apabila pengguna yang kebanyakannya penunggang motosikal lebih gemar membeli petrol seludup kerana ia dijual dalam kuantiti yang sedikit berikutan peraturan stesen minyak tempatan yang melarang penjualan bahan api tersebut kurang daripada satu liter.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: