Friday, April 18, 2014

Rozita Che Wan Larang Anak Jadi Pelakon

Rozita tidak akan membenarkan anaknya terlibat dalam bidang lakonan biarpun ada pihak menawarkan anaknya itu berlakon.
TERKINI KUALA LUMPUR: Pelakon Rozita Che Wan tidak akan membenarkan anak lelakinya, Ammar Effendy, 18, terlibat dalam bidang lakonan dan akan memastikan remaja itu memberi tumpuan kepada pengajiannya yang bakal bermula Mei ini.
Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Cik Ta, 41, berkata, sebelum ini ada beberapa syarikat produksi menawarkan tawaran berlakon kepada Ammar namun ditolak secara baik olehnya.

"Jika dia berminat pun saya tidak akan benarkan dia berlakon biarpun ada beberapa tawaran diberikan kepadanya tetapi saya tolak dengan baik," katanya kepada mStar Online.

Rozita ditemui pada majlis pelancaran wajah baharu mStar Online yang diadakan di Alexis The Gardens, Mid Valley, Bangsar di sini pada Khamis.

Ammar bakal memulakan pengajian peringkat asasi di Universiti Nottingham yang terletak di Semenyih dekat sini dalam bidang pengurusan perniagaan.

Dia turut memberitahu tidak berminat untuk terlibat dalam bidang seni seperti ibunya.
Rozita kesal dituduh suka menunjuk-nunjuk apabila dia memberitahu akan membelikan sebuah kereta untuk Ammar.

Dalam pada itu, Rozita kesal apabila ada pihak yang menuduhnya suka menunjuk-nunjuk kemewahan yang dimilikinya selepas membuat keputusan untuk  memberi hadiah sebuah kereta mewah kepada Ammar kerana kejayaan anaknya itu mendapat keputusan cemerlang 8A 1B dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.

Jelas Rozita, dia tidak pernah berniat untuk menghebohkan perkara itu  sebaliknya hanya menjawab pertanyaan pihak media ketika ditemubual baru-baru ini.

"Apabila ditanya mengenai kesahihan tentang cerita saya ingin beli kereta untuk Ammar saya jawab tetapi bukan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk apatah lagi bersikap riak.

"Tetapi malangnya orang salah faham dengan kenyataan saya dan menuduh yang bukan-bukan tanpa mengetahui cerita sebenar," jelasnya.

Ammar bakal memulakan pengajiannya pada Mei ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: