Friday, April 18, 2014
Pembunuh dimaafkan ibu mangsa kekejamannya
TEHERAN - Seorang pembunuh di Iran terselamat daripada digantung selepas ibu mangsa memilih untuk memaafkan kesalahannya, lapor akhbar MailOnline semalam.
Pembunuh yang dikenali sebagai Balal itu menjalani hukuman gantung di sebuah tempat awam di Iran yang turut dihadiri oleh ibu bapa si mangsa.
Ketika dia menarik nafas terakhir semasa tali gantung berada di lehernya, ibu bapa si mangsa memilih supaya hukuman tersebut tidak diteruskan.
Ibu mangsa sebaliknya menghampiri Balal, menampar mukanya bebe- rapa kali dan membuka ikatan tali gan- tung bersama suaminya.
Gembira melihat Balal terselamat, ibunya kemudian berlari dan memeluk wanita yang telah melepaskan anak lelakinya daripada tali gantung.
Bapa mangsa, Abdolghani Hossein- zadeh berkata, isterinya berubah fikiran selepas bermimpi menemui anak lelaki mereka yang telah mati.
"Tiga hari lalu, isteri saya bermimpi berjumpa dengan anak sulung kami dan diberitahu bahawa dia dan adik lelakinya berada di tempat yang baik," kata Abdolghani.
"Arwah juga meminta ibunya supaya tidak mengambil tindakan balas," tambah lelaki itu.
Menurut Abdolghani, tindakan isterinya itu luar biasa kerana mereka telah kehilangan seorang lagi anak lelaki dalam satu kemalangan motosi- kal semasa dia berusia 11 tahun.
Balal dihukum mati kerana menikam mangsa yang ketika itu berusia 18 tahun, Abdollah Hosseinzadeh dalam satu pergaduhan di bandar Royan, tujuh tahun lalu.
Namun, Abdolghani percaya Balal tidak bermaksud untuk membunuh anak lelakinya.
"Ketika kejadian, Abdollah berang dan menendang Balal tetapi pembunuh itu mengeluarkan sebilah pisau dari celah sarung kakinya," kata Abdolghani.
"Balal masih muda dan tidak tahu selok-belok menggunakan pisau," tambahnya.
Undang-undang syariah di Iran membenarkan keluarga mangsa untuk mengambil bahagian dalam pelaksanaan hukuman mati ke atas pesalah.
Mereka juga boleh membatalkan hukuman mati tersebut tetapi bukan hukuman penjara.
Setakat ini, masih tidak dapat dipastikan sama ada Balal akan dibebaskan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: