Thursday, February 13, 2014

Penganggur kelar isteri dijel 8 tahun


MAS NURAZSLAN (kanan) dibawa keluar dari mahkamah setelah dijatuhi hukuman penjara selama lapan tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan semalam.


SEREMBAN – Perbuatan kejam seorang penganggur mengelar isterinya dengan pisau lipat sehingga wanita itu menerima 80 jahitan pada November lalu berbalas apabila dia dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Mas Nurazslan Abdoll Mulop, 30, dijatuhi hukuman berkenaan selepas mengaku bersalah ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datuk Anita Harun.
Anita memerintahkan pemuda dari Batang Benar, Mantin dekat sini itu menjalani hukuman tersebut bermula dari tarikh dia ditahan pada 14 Disember lalu.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: