Thursday, February 13, 2014

Fizz Fairuz Sahkan Nikahi Almy Nadia 30 Mei Depan


Fizz Fairuz (kiri) dan Almy Nadia
PETALING JAYA: Persoalan sejauh manakah hubungan cinta Fizz Fairuz, 35, dan Almy Nadia, 28, terungkai apabila aktor itu mengesahkan akan menikahi kekasihnya itu pada 30 Mei depan di kampung halaman Almy di Pulau Pinang.
Fizz berkata, majlis resepsi akan berlangsung sehari selepas pernikahan (31 Mei 2014) secara sederhana di Hotel Vistana, negeri tersebut.
"Saya akan bernikah pada 30 Mei yang jatuh pada hari Jumaat di Pulau Pinang, sementara majlis resepsi akan berlangsung pada keesokannya di Hotel Vistana, Pulau Pinang.
"Persiapan sudah dilakukan sebanyak 70 peratus dan ia akan berlangsung dalam keadaan sederhana," ujarnya kepada mStar Online, ketika ditemui di lokasi penggambaran filem Cicakman 3, di Kolej Segi Kota Damansara, di sini pada Khamis.
Dalam pada itu, Fizz berkata mereka sudah mengikat tali pertunangan pada 22 Oktober tahun lalu sempena tarikh lahirnya.
Sementara itu, Fizz akan memberikan wang hantaran berjumlah RM20,000 kepada pelakon tersebut.
"Kami memilih tarikh 30 Mei kerana cuti sekolah dan mudah untuk saudara-mara datang ke Pulau Pinang nanti.
"Majlis resepsi di Raub Pahang akan dilakukan pada Jun, sementara majlis di Kuala Lumpur masih dalam perancangan," katanya yang merancang akan berbulan madu di Maldives.
Tambahnya, antara pihak yang menjayakan tersebut adalah Lord's Taylor, Habib Jewels dan Refflesia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: