- Ketua Balai Polis Jertih, Inspektor Zuraidi Semail bersama suspek dan motosikal curi yang digunakan ketika mencuri tiga tandan pisang di sebuah kebun di Kampung Padang Luas, Jertih.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, suspek berusia 28 tahun dari Kampung Hutan Nangka, Jertih, ditangkap penduduk kampung dan pemilik kebun ketika cuba melarikan tiga tandan pisang menaiki sebuah motosikal jenis Honda EX5, jam 4.55 petang, Rabu lalu.
“Pada mulanya ada penduduk yang melihat suspek menebang pisang, kemudian bertindak memaklumkan kepada pemilik kebun itu.
“Pemilik kebun dan orang ramai bergegas ke situ dan berjaya memberkas suspek bersama motosikalnya sebelum menyerahkan kepada polis,” katanya.
Kamaruddin berkata, pemeriksaan lanjut mendapati motosikal terbabit dilaporkan hilang di hadapan sebuah pasar raya di bandar Jertih jam 9.18 malam, 11 Februari lalu.
"Siasatan awal juga mendapati suspek telah empat kali mencuri pisang di kebun sama sebelum ini. Suspek ditahan reman untuk membantu siasatan," katanya.
Beliau berkata, saringan air kencing, suspek turut positif dadah jenis methampethamine.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: