Thursday, February 13, 2014

Arkitek Perancis mahu bina menara eksplorasi tujuh lautan


IMEJ Sea Orbiter menurut lakaran komputer.


PARIS - Seorang arkitek Perancis, Jacques Rougerie mendapat dana mencukupi untuk membina menara pemerhati lautan, Sea Orbiter yang bakal meneroka lautan di seluruh dunia.
Struktur berbentuk seperti sebuah menara dengan separuh bahagiannya berada di bawah permukaan air itu boleh menampung sehingga 22 penghuni pada sesuatu masa.
Ahli-ahli akademik yang menaiki kapal itu boleh memerhati persekitaran bawah laut 24 jam sehari selain menggunakan peralatan lain untuk meneroka dasar lautan bagi mengumpul data.
Pada masa ini, para saintis telah merekodkan sekitar 240,000 spesies marin tetapi menganggarkan terdapat jutaan lagi spesies yang menunggu untuk ditemui.
Sebahagian 27 meter (m) daripada struktur setinggi 58 m itu berlayar di atas permukaan laut dengan bakinya berada di dalam air.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: