SAN FRANCISCO - Syarikat enjin carian Yahoo! memberitahu para penggunanya supaya berhati-hati dengan perkhidmatan e-mel enjin carian itu.
Peringatan itu diberikan selepas para penggodam menceroboh e-mel Yahoo! dengan menggunakan kata laluan yang telah dicuri.
Para penggodam itu mahu memperoleh maklumat pemilik e-mel tersebut.
Pihak syarikat tersebut tidak mendedahkan maklumat lanjut mengenai pencerobohan itu.
Namun, meminta pemilik e-mel yang terjejas dengan aktiviti penggodaman itu bertindak menukar semula kata laluan masing-masing.
Naib Presiden Kanan Yahoo! Jay Rossiter berkata, "Kejadian serangan keselamatan semakin kerap terjadi.
"Kami amat kesal dengan kejadian itu dan kami mahu memastikan kepada para pengguna kami bahawa kami menjaga keselamatan data mereka dengan serius."
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: