BANGKOK - Pemerintah Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej menggesa rakyat negara itu bekerjasama untuk mewujudkan kestabilan selepas perhimpunan penunjuk perasaan antikerajaan berakhir tiga hari lalu.
Raja Bhumibol bertitah sempena hari keputeraan baginda yang ke-86 tahun di sebuah istananya di sini semalam ketika para penunjuk perasaan bersedia untuk melancarkan tunjuk perasaan baharu anti-Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra.
Yingluck dituduh para penunjuk perasaan itu menjadi boneka abangnya, Thaksin Shinawatra yang juga bekas Perdana Menteri Thailand yang digulingkan dalam satu rampa- san kuasa tentera pada tahun 2006.
Thaksin kini hidup dalam buangan dan beliau akan dihukum penjara dua tahun kerana kesalahan rasuah jika kembali semula ke Thailand.
Para penunjuk perasaan itu menduduki beberapa bangunan kerajaan sebelum mereka menghentikan tunjuk perasaan buat seketika bagi menghormati hari keputeraan raja tersebut.
Raja Bhumibol bertitah, negaranya pernah menikmati keamanan bagi tempoh yang lama kerana setiap penduduk bekerjasama mengekalkan kestabilan.
Ucapan baginda itu disiarkan di televisyen.
Sebarang keganasan dan kekacauan yang berla-ku semasa cuti umum hari keputeraan raja tersebut akan dianggap sebagai tanda tidak hormat ke atas pemerintah Thailand itu.
Sebuah potret besar raja itu didirikan di Monumen Demokrasi dekat Istana Besar di sini.
Namun, para penunjuk perasaan itu berikrar akan kembali semula di jalanan bagi meminta Yingluck meletakkan jawatan.
"Esok (hari ini) kami akan melakukan tunjuk perasaan," kata seorang penunjuk perasaan yang hanya mahu dikenali sebagai Khieu.
Menurutnya, tunjuk perasaan itu akan berterusan sehingga Yingluck meletakkan jawatan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: