Thursday, May 16, 2013

Trak Jadi Stesen Radio Bergerak Suria FM

Penyampai-penyampai Suria FM bergambar bersama trak.
PETALING JAYA: Stesen radio Suria FM pada Rabu melancarkan sebuah trak atau stesen radio bergerak yang memaparkan gambar penyampai-penyampai radio tersebut dan beroperasi di sekitar Lembah Klang bermula 10 Mei hingga 9 Jun ini.
Menurut Pengurus Program Suria FM, Adiwati Zainuddin, trak ini merupakan salah satu cara Suria FM mempromosi dan memberi pendedahan maksimum kepada semua warga kota tentang stesen radio ini.
"Trak Suria FM ini adalah satu usaha yang berterusan untuk Suria FM terus dikenali. Ia memberikan pendedahan tentang Suria FM dan penyampai-penyampai Surai FM kepada masyarakat.
Jadi, ia akan memperkukuhkan Suria FM dalam ingatan pendengar," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Trak Suria FM, di sini, Rabu.
Trak ini dijadualkan bergerak pada waktu pagi dan malam sambil memperdengarkan siaran Suria FM di sepanjang perjalanan untuk menarik perhatian orang ramai.
Trak ini akan melalui jalan-jalan di sekitar Lembah Klang.
"Trak bercahaya apabila bergerak pada waktu malam dan kita akan memasang siaran Suria FM dalam perjalanan terutamanya ketika berada dalam kesesakan lalu lintas.
"Bagi pendengar yang terlihat trak ini, anda digalakkan untuk mengambil gambar bersama trak dan muat naik di laman sosial Suria FM dan Twitter Suria FM," katanya.
Suria FM merupakan stesen radio pertama yang mempunyai trak promosi atau stesen radio bergerak seumpama itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: