Sunday, May 19, 2013

Laman web kerajaan Arab Saudi digodam


ARAB Saudi telah menubuhkan satu inkuiri khas untuk menangani masalah serangan siber dan mengurangkan impaknya terhadap perkhidmatan internet.


RIYADH - Beberapa buah laman web kerajaan Arab Saudi telah digodam secara serentak, jelas jurucakap kerajaan yang kaya dengan minyak itu pada Jumaat.
Antara laman web yang digodam adalah laman web milik Kementerian Dalam Negeri. Laman web tersebut tidak dapat diakses selama sejam pada Rabu minggu lalu selepas menjadi sasaran serangan siber daripada beratus-ratus alamat IP dari beberapa buah negara berbeza.
Pusat Kawalan Informasi Arab Saudi dikatakan telah memulakan inkuiri tentang bagaimana untuk menangani serangan seperti ini dan mengurangkan impaknya ke atas perkhidmatan dalam talian.
Pada Ogos tahun lalu, syarikat gergasi minyak Arab Saudi, Aramco turut menjadi sasaran serangan siber yang bertujuan mengganggu proses pengeluaran minyaknya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: