Thursday, May 2, 2013

Galaxy S4 bakal catat jualan menggalakkan


MODEL Samsung, Jelis Chew menunjukkan telefon pintar Samsung Galaxy S4 pada majlis pelancarannya di Petaling Jaya baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd. (Samsung Malaysia) optimis jualan telefon pintar terbaharunya, Samsung Galaxy S4, akan dapat mengatasi jualan Galaxy S3 yang diperkenalkan pada bulan Mei tahun lalu.
Ketua Bahagian Telekomunikasinya, Vincent Chong berkata, pihaknya juga yakin dapat mencatat jualan memberangsangkan bagi model berkenaan.
Beliau berkata, model tersebut dibangunkan untuk melengkapkan keperluan pengguna masa kini yang melibatkan pembangunan teknologi serta memainkan peranan penting dalam memaksimumkan pelaksanaan kehidupan harian.
“Generasi keempat dalam rangkaian Galaxy S itu juga akan terus dinaik taraf dari semasa ke semasa,” katanya pada majlis pelancaran telefon pintar baharu itu di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Samsung Galaxy S4 mula dilancarkan serentak di seluruh negara sejak 27 April lalu dengan penglibatan syarikat-syarikat telekomunikasi seperti Celcom, DiGi, Maxis dan U Mobile.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: