Thursday, May 16, 2013

Cinta tujuh tahun Aaron Kwok musnah



MODEL kelahiran China, Lynn Hung baru-baru ini mengumumkan ikatan cinta selama tujuh tahun terjalin antara dirinya dengan aktor tersohor Hong Kong, Aaron Kwok kini sudah terlerai.
Dalam satu temu ramah dengan media China, Lynn mengakui buat pertama kalinya dia berasa hubungannya dengan Aaron selama tujuh tahun itu sebenarnya bukan sesuatu yang selesa buat dirinya.
"Bukan mudah untuk bergelar kekasih Aaron Kwok. Selama tujuh tahun, saya telah hidup dalam dunia orang lain (Aaron Kwok).
"Kadangkala, saya rasa terlalu memaksa diri. Kini, saya tidak mahu lagi memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang saya tidak mahu buat. Saya mahu bahagia dan membiarkan orang di sekeliling saya juga larut dalam kebahagiaan," luahnya.
Tambah Lynn: "Ini (putus cinta) merupakan satu permulaan, setiap hari merupakan hari yang berbeza dan saya berharap untuk berkenalan dengan rakan-rakan baharu."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: