Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata, dengan bayaran sebanyak itu, para artis yang tidak berkemampuan dan berpendapatan rendah mampu memperoleh sebuah rumah yang selesa di beberapa lokasi terpilih seluruh negara.
“Inilah masanya untuk para artis mengambil peluang bagi mendapatkan sebuah kediaman yang selesa dengan harga yang murah mengikut konsep Islam.
“Peluang ini terbuka kepada mereka yang tidak berkemampuan terutamanya kepada artis-artis veteran,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pra pelancaran perumahan Alfafa di Hotel De Palma, Ampang di sini pada Khamis.
Hadir sama Pengerusi Koperasi Alfafa Berhad, Norsham Abd Aziz, duta projek perumahan berkenaan iaitu pelakon Boy Iman serta beberapa selebriti tempatan.
Zed Zaidi berkata, pada masa ini para artis sukar membuat pinjaman kerana tidak mempunyai slip gaji sehingga menyukarkan pihak bank meluluskan permohonan mereka.
Sehubungan itu kata Zed, menerusi kerjasama ini pihaknya akan membantu para artis untuk memperoleh pinjaman dengan sayarat-syarat tertentu yang bakal dikenakan oleh pihak Alfafa.
Jelasnya lagi, artis-artis yang hendak memohon bagi memiliki kediaman serendah ini boleh mendapat maklumat dengan Seniman dan pihaknya akan membuat beberapa tapisan sebelum meluluskan permohonan berkenaan.
“Buat masa ini kita akan beri keutamaan kepada aris-artis veteran dan artis muda yang difikirkan layak memperoleh kerjasama ini,” katanya.
Sementara itu Norsham berkata, individu yang berminat membeli rumah berkenaan diwajibkan membayar wang RM89,000 secara tunai dengan cara membuat pinjaman peribadi menerusi bank.
Daripada jumlah itu pihaknya akan membeli sebidang tanah seluas satu ekar untuk didirikan enam atau tujuh buah rumah dalam masa tiga tahun.
Katanya, apabila tujuh buah rumah itu siap, salah satu daripadanya menjadi milik individu berkenan sementara baki enam buah rumah lagi adalah menjadi hak milik Alfafa.
“Apabila rumah itu sudah siap, harganya akan meningkat sehingga RM300 ribu dan pemilih boleh membuat keputusan untuk tinggal di rumah itu ataupun menjualnya. Ia amat menguntungkan kerana mereka hanya perlu mengeluarkan RM89,000 sahaja,” jelasnya.
Tambah Norsham lagi, buat masa ini kawasan perumahan yang sudah siap ialah di di Kampung Padang Balang, Sentul di sini manakala projek terbaharu pula terletak di Kuang dan Salak Tinggi, Sepang, Selangor.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: