
KATHERINE (barisan kedua tengah)
bersama Lokman (barisan belakang tengah) bergambar bersama para pemenang
peraduan Warkah Buat Ibu 2 anjuran Resorts World Genting
di Awana Kijal Terengganu, Kemaman malam tadi.
di Awana Kijal Terengganu, Kemaman malam tadi.
Kemaman – Seramai 10 pemenang bertuah telah dipilih sebagai pemenang peraduan Warkah Buat Ibu 2 anjuran Resorts World Genting (RWG) dengan kerjasama akhbar Kosmo!.
Dengan kemenangan itu, peserta bersama ibu dan dua ahli keluarga masing-masing dibawa menikmati percutian selama tiga hari dua malam di Resorts World Kijal, di sini semalam.
Peraduan yang dianjurkan buat kali kedua ini bermula pada 1 April hingga 2 Mei lalu.
Peserta dikehendaki menghantar dan memuat naik warkah kreatif di Facebook RWG mengikut lima tema yang ditetapkan tidak melebihi 200 patah perkataan.
Menurut Naib Presiden Perhubungan Awam dan Komunikasi RWG, Katherine Chew, pihaknya telah menerima lebih 250 penyertaan dan pemenang telah dipilih berdasarkan kreativiti dan undian yang tertinggi di Facebook RWG.
“Sambutan pada kali ini sangat menggalakkan. Kami bukan sahaja menerima penyertaan daripada golongan muda, tetapi juga mereka yang berusia 59 tahun.
“Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada akhbar Kosmo! yang sentiasa membantu mempromosikan peraduan dan resort kami,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah.
Dalam pada itu, majlis turut menyaksikan tempat pertama dimenangi oleh Shamsul Mustaffa Mohd. Kamal, 55, manakala tempat kedua, Siti Nurulhidayah Zainal, 25, dan ketiga menjadi milik Tan Liong Hong, 18.
Foo Wei Ling, 32, pula memenangi Anugerah Pilihan Ramai Warkah Buat Ibu 2 dengan undian melebihi 4,000.
Turut hadir pada majlis itu ialah Penolong Pengarang 2 Kosmo!, Lokman Othman dan Pengurus Besar Resorts World Kijal, Noorazzudin Omar.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: