Dalam kejadian jam 1 petang itu, Siew Lin (bukan nama sebenar), 32, yang sedang menonton televisyen sendirian dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat di bahagian atas rumahnya.
Menurutnya, seorang lelaki tidak berbaju memecah masuk rumahnya melalui siling di salah satu bilik rumahnya.
“Saya dengar bunyi runtuhan di bahagia atas, saya terus capai gulungan kadbod sebagai senjata untuk pertahankan diri dan terus periksa dalam bilik itu.
“Saya terserempak dengan lelaki itu di tangga dan berlaku pergelutan beberapa minit kerana bimbang dia mencederakan saya,” katanya ketika ditemui di rumahya di sini, semalam.
Siew Lin berkata, lelaki berkenaan sempat mencapai pisau sushi di dapur ketika dia cuba melarikan diri ikut pintu dapur.
“Lelaki itu berusia awal 30-an hanya memakai seluar jeans dan bertopi tanpa memakai penutup muka cuba mencederakan saya.
“Semasa bergelut, lelaki itu cedera di bahagian perut dan ketika itulah dia tikam lengan saya sebelum melarikan diri ikut siling yang pecah itu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, suspek berkenaan ditahan ketika mendapat rawatan di HRPB selepas menerima laporan dari pengadu.
“Suspek cedera di bahagian perut semasa bergelut dengan mangsa dan direman tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: