Friday, December 28, 2012

Halle Berry rai Krismas di Paris


HALLE bersama Olivier dirakam ketika tibadi lapangan terbang di Paris untuk menyambut Krismas di sana.


PEMENANG anugerah Oscar, Halle Berry, 46, telah menghabiskan cuti Krismas dengan penuh romantik bersama tunangnya aktor Perancis, Olivier Martinez di kota Paris.
Berry kelihatan santai dengan Martinez berjalan-jalan sekitar kawasan kejiranan Saint-Germain-des-Pres dan melihat beberapa gereja tempatan di situ.
"Percutian itu bagi melepaskan tekanan selepas apa yang berlaku kepada dirinya," ujar sumber kepada laman portal US Weekly.
Selepas berlaku pelbagai pertelingkahan berkaitan kehidupan Berry, dia telah membuat pilihan untuk berehat seketika di Paris.
Sebelum ini, Berry juga terpaksa menangguhkan perancangan untuk melangsungkan perkahwinan Martinez kerana memberikan tumpuan pada perbicaraan kes hak penjagaan anaknya, Nahla Ariela Aubry, 4.
Ariela merupakan anak hasil hubungan Berry sebelum ini dengan bekas kekasihnya, model Gabriel Aubry.
Berry dikatakan bersedih selepas pertikaian hak penjagaan anaknya itu tidak berpihak kepada dirinya selepas Aubry memfailkan bantahan bagi menghalang rancangan Berry untuk berpindah ke Perancis kerana tindakan itu akan membataskan peluangnya bertemu dengan anak kecil itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: