KUALA LUMPUR – Dealmates.com, laman web jualan murah pantas utama di
Malaysia, mencapai statistik pertumbuhan terbaik berbanding pesaing
tempatan daripada segi tawaran produk dan trafik yang dijana pada dua
suku sebelum ini.
Semenjak Julai lalu, Dealmates telah menampilkan 700 unit produk
secara purata sebulan dan menjadikannya sebagai laman jualan murah
terpantas yang berada di senarai teratas dengan tawaran produk terbanyak
kepada pelanggan .
Tawaran utamanya ialah produk fesyen (39 peratus), elektronik dan
peranti (24 peratus), produk kecantikan (14 peratus) dan keperluan rumah
(13 peratus).
Ketua Pegawai Eksekutif Dealmates, Erman Akinci berkata, laman web
itu berkembang pesat selepas ia beralih daripada konsep belian
berkumpulan kepada jualan murah pantas.
Menurut beliau, perbezaan antara jualan murah pantas dengan pembelian
dalam talian secara berkumpulan ialah pelanggan tidak perlu menunggu
hingga tawaran itu diterima dan melaluinya tiada lagi konsep menunggu
bilangan pembeli minimum.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: