Friday, December 28, 2012

Perincian manik diperluaskan

ANTIK...jubah Lara peplum dengan potongan berlisu bersama tudung Syria Suraya.
ANTIK...jubah Lara peplum dengan potongan berlisu bersama tudung Syria Suraya.
TIDAK lagi terikat kepada penggunaan jubah atau abaya hitam, rekaannya kini makin dipelbagaikan terutama dengan penambahan aksesori dan perincian, rekaan jubah serta kombinasi warna digunakan.
Bukan saja rekaannya lebih moden malah ia disuai padan dengan fesyen serta gaya Muslimah terkini agar rekaannya lebih versatil.
  • Foto ROPOL...jubah polos dengan tambahan ropol di hujung kain memberikan gaya beralun.
  • Foto GAYA KLASIK...rekaan jubah dengan sulaman perincian.
  • Foto MENAWAN...jubah labuh dengan fokus pada perincian di pinggang berserta penyudah lengan baju berbentuk kuf (kepingan fabrik dijahit berasingan).
  • Foto MENARIK...blaus Hayda dengan perincian pada bahagian dada dan hujung lengan, digayakan dengan skirt Isabella potongan kembang.
  • Foto RINGKAS...potongan ringkas tetap bergaya.
Bagi butik dalam talian, Butik Mama Online (BMO), pemilihan jubah sebagai identiti utama perniagaan kerana ingin mengetengahkan pemakaian jubah kepada semua wanita tanpa mengira peringkat usia.

Potongannya diberi sentuhan moden tetapi masih menuruti ciri-ciri Muslimah manakala setiap rekaan boleh disesuaikan dengan pelbagai majlis dan aktiviti harian.

Penggunaan perincian manik turut diperluaskan bagi memberikan lebih gaya kepada jubah polos sama ada dengan memberikan penekanan kepada bahagian leher, lengan atau baju itu sendiri.

Mengetengahkan bentuk potongan kain beropol, berlisu dan kembang juga makin digemari kerana ramai yang inginkan rekaan berbeza sebagai koleksi harian.

Terdapat 1,000 rekaan jubah dan blaus dihasilkan untuk pilihan penggemarnya dan setiap rekaan dihasilkan secara edisi terhad.

Tiada pengulangan corak yang sama tetapi bentuk dan rekaannya masih dikekalkan bagi memberikan lebih gaya eksklusif kepada pelanggan.

Sementara itu, jenis kain digunakan pula lebih tertumpu kepada kain lycra dan denim kerana ia lebih selesa dan terletak cantik pada tubuh apabila digayakan.

Selain itu, butik fesyen terbabit turut menyediakan pilihan koleksi tudung yang menarik antaranya selendang, syria serta tudung sedia dipakai bersengkuap.

Pelbagai rekaan tudung boleh dimiliki pada harga berpatutan menggunakan jenis kain lycra bercorak, lycra polos, syria bintik polka, syria sulam serta sifon.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: