Tuesday, December 4, 2012
Nestle buka kilang bijirin RM124j
REMBAU - Nestle Malaysia Bhd. (Nestle) melabur sebanyak RM124 juta untuk membuka sebuah kilang pemprosesan bijirin sarapan di Chembong, di sini bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan dan rantau Asia.
Pengarah Urusannya, Peter R. Vogt berkata, usaha itu merupakan kerja sama antara Nestle dan General Mills Inc. menerusi Cereal Partners Worldwide (CPW).
Katanya, kilang itu mampu mengeluarkan sebanyak 20,000 tan metrik produk bijirin sarapan sebulan untuk pasaran negara ini dan 50 peratus daripada keperluan pasaran rantau Asia termasuk Fiji.
"Kilang ini mengeluarkan lima jenis bijirin sarapan Nestle yang terlaris di pasaran iaitu Koko Krunch, Honey Stars, Cookie Crisp, Koko Krunch Duo dan Milo.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: