Tuesday, December 4, 2012
Gaji kecil terpaksa kejar trip
BUTTERWORTH – Sistem pengangkutan sama ada logistik mahu pun pengangkutan yang membawa penumpang sememangnya penting bagi memacu pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.
Bagaimanapun, tidak ramai dalam kalangan masyarakat menghargai sumbangan besar mereka dalam kemakmuran negara.
Rata-ratanya hanya menyalahkan pemandu kenderaan itu apabila berlaku kemalangan maut tetapi bukan memahami masalah di sebalik kejadian itu.
Sebenarnya, sebahagian besar daripada lebih 20,000 pemandu pengangkutan perdagangan tempatan berhadapan dengan dilema.
Berdasarkan tinjauan Kosmo!, kebanyakan pemandu kenderaan berat mendakwa mereka tidak diberi hak keistimewaan sebagai seorang pekerja seperti yang dinikmati oleh pekerja sektor lain.
Antara hak mereka yang dinafikan ialah majikan tidak mengiktiraf mereka sebagai pekerja tetap sebaliknya hanya melabelkan mereka sebagai pekerja kontrak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: