Kasut tumit tinggi, balet, wedge dan sarung antara pilihan bagi melahirkan imej seorang wanita sama ada seksi mahupun ayu.
Sama seperti pemilik nama Leeza Buniran, 27. Obsesnya terhadap kasut tidak kurang daripada wanita lain cuma bezanya dia lebih menyukai kasut Oxford iaitu jenis bertali kasut yang sebelum ini lebih sinonim dengan lelaki.
Ceritanya, kasut Oxford menjadi pilihan kerana tidak bertumit tinggi, memudahkan wanita lincah ini ke sana-sini tetapi masih bergaya.
"Seperti wanita lain, saya gemar berfesyen tetapi lebih memilih gaya santai.
"Mungkin kerana imej saya yang rileks dan rock membuatkan saya lebih sesuai mengenakan kasut Oxford bersama seluar jeans dan kemeja-T.
"Kasut Oxford juga sebenarnya boleh digayakan dengan gaun tidak formal membuatkan si pemakai nampak berbeza dan bergaya.
"Di luar negara, kasut Oxford sudah mula digemari ramai kerana sifatnya yang menyelesakan malah Taylor Swift merupakan peminat kasut Oxford," ujar pemilik Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Majlis dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini.
Jenama sendiriAtas minat yang mendalam terhadap rekaan kasut Oxford, Leeza akhirnya bertekad terlibat dengan dunia rekaan kasut malah sudah mempunyai jenamanya sendiri, Lera.
Khusus kepada pembuatan kasut Oxford, ujarnya, dia bermula secara kecil-kecilan tahun lalu bersama rakannya, Nur Faezah Ramli dan kini semakin rancak menambah rekaan baru.
"Kasut Oxford lebih sukar ditemui berbanding gaya lain, membuatkan saya terpanggil untuk merekanya.
"Saya mementingkan kualiti dengan menggunakan kulit lembu asli dan memastikan kualiti pembuatannya.
"Sekarang, saya sedang merancang menghasilkan kasut Oxford yang mempunyai identiti tempatan seperti bercorak batik kerana kasut Oxford selalunya kosong," ujar pemilik Lerak FJ Boutique.
Akui Leeza, dunia rekaan fesyen terutama kasut bukanlah semudah yang dibayangkan tambahan pula dia terlibat dengan bidang lain sebelum ini.
Namun atas minat ditambah dorongan rakan yang terlibat sama dalam rekaan kasut membuatkan dia nekad mengeluarkan jenamanya sendiri.
boleh beri website lera kasut atau di mana ingin membeli kasut jenama ini?
ReplyDelete