ALAU kanak-kanak mungkin mereka boleh makan kentang goreng tetapi
saya mesti makan nasi setiap hari," kata seorang rakan apabila mendengar
saranan menggantikan hidangan nasi kepada ubi kentang.
Sebenarnya, hidangan ubi kentang bukan hanya kentang goreng seperti
yang terdapat di restoran-restoran segera yang menjadi sumber lemak,
meningkatkan kolesterol, melonjakkan risiko darah tinggi dan penyebab
obesiti.
Hakikatnya, bukanlah ubi kentang yang menentukan sama ada baik atau
buruk untuk kesihatan. Yang penting bagaimana bahan ini disediakan untuk
dimakan.
Umum mengetahui ubi kentang sumber nutrisi karbohidrat popular di seluruh dunia.
Bagi menikmati khasiat sebenar ubi kentang, anda boleh menghasilkan
hidangan seperti kek coklat kentang atau sup berkrim kentang.
Tahukah anda selain membekalkan sumber karbohidrat, kentang mempunyai khasiat lain untuk kesihatan?
Kajian menunjukkan dengan mengambil kira-kira 150 gram kentang, kita
dapat memenuhi keperluan vitamin C untuk satu hari. Kandungan kalium
dalam kentang pula boleh melegakan hipertensi.
Pakar Kesihatan dan Kesejahteraan, Carina Lipold memberitahu, ubi
kentang mengandungi banyak manfaat kesihatan sekiranya dijadikan
sebahagian amalan diet.
Katanya, ubi kentang kaya dengan serat, vitamin, mineral, fitokimia,
rendah kalori dan pada masa sama mempunyai indeks kekenyangan tinggi.
"Sebiji kentang bersaiz sederhana (kira-kira 150 gram) yang dikukus
dan dimakan dengan kulitnya, memberi sehingga 48 peratus daripada
pengambilan harian Vitamin C yang disyorkan untuk seseorang, lebih
kalium atau potasium daripada pisang serta mineral penting lain.
"Secara kesimpulan, saya boleh katakan kentang adalah ubi yang banyak
kebaikan dan sesuai untuk sebarang amalan diet," katanya pada majlis
pengenalan menu dengan ramuan ubi kentang oleh Lembaga Kentang Amerika
Syarikat di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
GlutenSelain itu, ubi kentang dikenali sebagai makanan yang bebas gluten.
Menurut Carina, gluten merupakan bahan protein yang terdapat pada bijirin seperti gandum, barli dan rai.
Para pesakit yang menghidap penyakit gangguan gastrousus akan
mendapat manfaat besar daripada kentang kerana makanan ini dinyah hidrat
amat sesuai sebagai pengganti tepung yang mengandungi gluten.
Jadi tidak hairanlah, makanan ini sesuai untuk semua peringkat umur
dan budaya, kentang malah menjadi makanan bayi yang baru bercerai susu.
Dalam piramid makanan, dua biji kentang bersaiz kecil sama dengan
satu mangkuk nasi, dua keping roti dan satu setengah mangkuk mi.
Ubi kentang juga mengandungi potasium tinggi yang mampu mengurangkan
risiko hipertensi, strok, melindungi jantung dan menolong transmisi
pusat saraf serta melawan dinyah hidrat.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: