Monday, December 10, 2012

Hilaria pencinta haiwan

KESEDARAN...Hilaria mempromosikan 
kesedaran menggunakan produk kecantikan tanpa menyeksa haiwan.
KESEDARAN...Hilaria mempromosikan kesedaran menggunakan produk kecantikan tanpa menyeksa haiwan.
DIA memang patut dipuji.
Ketika golongan muda lain yang berjaya mencipta nama sebagai selebriti mengeksploitasi kemasyhuran ditempa untuk memperluas karier mereka, Hilaria Baldwin memutuskan menggunakan profilnya bagi mempromosi kesedaran mengenai isu penting.
   
  • Foto KASIH SEJATI...Hilaria bersama suami di majlis Gala Ripple of Hope awal minggu ini.
  • Foto RASMI...ketika melancarkan kempen di rangkaian kedai The Body Shop.
  • Foto BAIK HATI...wajah Hilaria pada risalah Panduan Beli-Belah Bebas Kekejaman PETA.
Wanita berambut hitam itu meminjamkan wajah menawannya kepada kempen Panduan Beli-Belah Bebas Kekejaman PETA (Pejuang Layanan Beretika Terhadap Haiwan dan mengetuai majlis pelancaran kempen itu di New York hari ini.

Hilaria, 28, mahu setiap orang tahu di mana mereka boleh mendapatkan produk kecantikan bebas kekejaman (terhadap haiwan).

Hilaria berkata: “Saya mahu merasakan saya kelihatan hebat, tetapi tidak hingga perlu menyeksa haiwan.

Dia memberitahu Hollywood Life mengenai mekap kegemarannya yang mesra haiwan, termasuk Urban Decay, mendedahkan bahawa dia memakai pembayang mata jenama itu untuk acara kempen berkenaan.

Hilaria menjadi model untuk risalah Panduan Beli-Belah Bebas Kekejaman PETA, senarai lengkap jenama produk kecantikan yang tidak terbabit atau tidak menyokong ujian produk dilakukan terhadap haiwan.

Terdapat juga produk rawatan bibir The Body Shop Hi-Shine dalam senarai itu.

Hilaria turut memberitahu, dia menggunakan krim nutrisi harian Burt’s Bees Carrot walaupun tanpa memakai mekap untuk mengekalkan kulitnya agar kelihatan berseri dan cantik.

Sementara itu, Hilaria atau nama sebenarnya Hilaria Thomas bersama suaminya, Alec Baldwin, 54, turut mengambil bahagian dalam acara kebajikan yang dianjurkan Soulcycle baru-baru ini untuk membantu mangsa taufan Sandy.

Hilaria menulis di Twitter: “Perkara paling hebat @soulcycle dengan @ABFalecbaldwin. Semangat yang tabah menyokong mangsa sandy. Kamu semua telah melakukan yang terbaik!”

Baldwin dan Hilaria sangat aktif dalam usaha mereka membantu mangsa taufan berkenaan dan Hilaria mendedahkan mereka hadir dalam acara kebajikan itu untuk membantu masyarakat tempatan.

“Kami melakukan semua perkara minggu lalu daripada pergi membeli barangan runcit hingga kepada berkunjung dan memeriksa keadaan jiran kami,” katanya kepada laman web Wonderwall.

“Sesetengah daripada jiran kami sangat tua. Mereka sudah tinggal di bangunan itu selama 50 tahun. Mereka tidak boleh bangun dan menuruni tangga. Perkara itu kelihatan mudah tetapi penting. Bagaimanapun, kini semua orang saling menghulurkan bantuan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: