
LEGRIA HF R38 mempunyai tetapan penyaring gaya wayang gambar yang memberikan mood rakaman filem.
FIZIKALNYA kecil dan ringan, kamkorder terbaharu Canon, Legria HF R38 kini lebih memudahkan pengguna terutamanya setelah dilengkapi skrin sesentuh yang memudahkan navigasi menu.
Butang Home pula memastikan pengguna kembali ke menu asal dengan hanya menekan butang tersebut.
Selain menawarkan rakaman dalam definisi tinggi penuh dalam format fail MP4 atau AVCHD, lensa video siri HF R pada gajet ini mempunyai 51 kali kuasa zoom yang memastikan pengguna dapat merakam gambar dengan mudah walaupun dari jarak jauh.
Lensa video Canon memiliki sistem optikal canggih dan mampu bertindak dengan pantas, senyap dan tepat manakala masalah herotan imej berada pada tahap minimum.
Siri HF R juga mempunyai Sensor Full HD CMOS menyamai 3.28 megapiksel yang dijana cip pemprosesan DIGIC DV III untuk imej berkualiti tinggi.
Sistem Penstabil Imej (IS) secara automatik mengadaptasi senario semasa ketika rakaman dibuat. Ia menukar menjadi salah satu daripada empat mod yang ada iaitu Dinamik, Kuasa, Makro dan Tripod supaya senang melakukan pengambaran.
Ciri Smart Auto pula dapat mengesan sehingga 38 adegan berbeza seperti cahaya belakang (backlit) atau matahari terbenam (sunset). Ia akan memilih tetapan yang paling optimum bagi memberikan hasil terbaik.
Menarik mengenai Legria HF R38 ialah ciri jalan cerita yang memberikan pengguna memilih jalan cerita dan rakaman dibuat berdasarkan tetapan yang dipilih.
Tetapan penyaring gaya wayang gambar pula memberikan mood rakaman filem. Terdapat tujuh pilihan tetapan yang berbeza seperti Vivid memberikan warna yang menyerlah manakala Cool menjadikan rakaman seakan-akan filem fiksyen sains.
Legria HF R38 juga mempunyai sambungan WiFi jadi, hasil karya anda boleh dikongsi dengan rakan-rakan terus ke laman sosial atau YouTube tanpa perlu dipindahkan dalam pemacu cakera keras komputer peribadi.
HF R38 didatangkan dengan memori binaan dalaman sebanyak 35 gigabait dan disertai slot kad SDHC atau SDXC. Jadi, jangan risau apabila terlalu banyak melakukan rakaman.
Harga pasaran runcit yang dicadangkan bagi Legria HF R38 ialah RM2,399.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: