Dafi atau nama sebenarnya, Gadaffi Ismail, 24, bagaimanapun berkata, perkara itu tidak terlalu menjadi perhatiannya buat masa ini kerana peluang dan kepercayaan untuk membina nama di Indonesia adalah lebih penting.
"Sejujurnya saya tidak rasa ada orang kenal siapa Dafi di Indonesia namun apa yang lebih penting saya tahu tujuan ke sana dan setakat ini semua perancangan dilaksanakan dengan baik," jelasnya.
Dafi ditemui ketika menghadiri majlis pelancaran program Fear Factor Selebriti Malaysia dekat sini pada Isnin.
Tambah Dafi, walaupun penat berulang alik daripada Kuala Lumpur ke Jakarta namun dia berasa puas kerana dapat melakukan sesuatu untuk kerjaya seninya.
Dalam pada itu, Dafi memberitahu dia kini tidak lagi menjadi pengacara dalam rancangan Selebrita Siang kerana menyedari kurang berminat dalam bidang itu.
Tambah Dafi, keputusan itu dibuat selepas dia ingin melancarkan karier nyanyiannya dan memberitahu akan mengeluarkan single pertama di sana pada tahun hadapan.
"Saya kini ingin menfokuskan kepada bidang nyanyian sepenuhnya," katanya.
Tambah Dafi, dia akan mendapatkan khidmat komposer Ajai untuk penerbitan lagu terbarunya itu nanti.
Sementara itu, mengulas mengenai penglibatannya dalam program Fear Factor Selebriti Malaysia, Dafi berkata, semenjak kecil dia memang meminati program itu dan pelawaan daripada pihak Astro tidak membuatkannya berfikir dua kali.
Kata Dafi, dia juga ingin mencabar dirinya melakukan aktiviti lasak yang belum pernah dicuba dan mengakui ia bukan mudah.
"Selepas melalui beberapa cabaran ia sebenarnya sangat sukar tetapi kami semua berjaya melakukannya dan menyertai Fear Factor adalah pengalaman yang tidak akan dilupakan.
Dafi berpasangan dengan pengacara Zoey Rahman disamping 30 peserta yang lain.
Ia bakal disiarkan pada 29 Disember ini pada setiap Sabtu pukul 9.30 malam di saluran Astro Ria (104) dan Mustika HD (134).
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: