Razif
berkata dirinya sukar mendapat tawaran berlakon selepas pulang daripada
menyambung pelajarannya pada 2010 walaupun telah menghadiri pelbagai
uji bakat drama atau pun filem.Razif, 29, berkata, dia sukar mendapat tawaran berlakon selepas pulang daripada menyambung pelajarannya pada 2010 walaupun telah menghadiri pelbagai uji bakat drama atau pun filem.
"Barangkali saya tidak cukup bagus sebagai pelakon oleh sebab itu saya tidak diberi peluang untuk memegang watak dalam filem atau drama walaupun mempunyai ijazah sarjana dalam bidang lakonan.
"Walaupun sedikit sedih itu tidak mematahkan semangat saya kerana bidang lakonan adalah paling saya minat," katanya kepada mStar Online.
Razif memberitahu dua projek terakhir yang melibatkan dirinya adalah menerusi drama bersiri Aku, Dia dan Tong Sampah terbitan Playground Production dan filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba, Tanda Putera.
Razif
memberitahu walaupun kerjaya lakonannya agak terbantut namun dia tetap
bersyukur apabila rezekinya dalam bidang pengacaraan semakin murah.Dalam pada itu, Razif memberitahu walaupun kerjaya lakonannya agak terbantut namun dia tetap bersyukur apabila rezekinya dalam bidang pengacaraan semakin murah dengan pelbagai tawaran.
Razif berkata, walaupun bidang itu bukan minat utamanya namun dia semakin seronok bergelar pengacara.
"Saya mendapati bidang pengacaraan telah membuka minda saya tentang pelbagai perkara yang tidak pernah saya sedar sebelum ini.
"Ia sekali gus telah mendewasakan diri saya dari pelbagai aspek untuk menjadi lebih baik," jelasnya.
Antara program yang dikendalikan oleh Razif adalah Best In The World di 8TV, Program Pendidikan Matematik di Tutor TV Astro dan terbaru sebuah program bual bicara berjudul OMG gandingan bersama Sazzy Falak.
Program tersebut bakal menemui penonton di Astro, saluran Diva Universal (702) bermula Selasa ini pukul 7.30 malam.
Selain itu, Razif juga akan bergandingan dengan Henry Golding dan Hannah Tan sebagai hos Shout! Awards 2012 yang bakal berlangsung pada 23 November depan di Surf Beach @ Sunway Lagoon pada pukul 8.30 malam.
Sementara itu, Razif memberitahu selain sibuk dengan kerjaya seninya, dia juga turut menguruskan dua perniagaan iaitu sebuah restoran di Pusat Bandar Damansara dekat sini serta sedang membangunkan modul 'Performance Intelligent' untuk latihan korporat.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: