Ketiga –tiga suspek kini direman untuk siasatan lanjut berhubung kecurian motosikal di apartmen berkenaan
Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) apartmen berkenaan, Nazriey Ismail berkata, kesemua pencuri cilik itu ditahan selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mereka melarikan sebuah motosikal milik penduduk di salah sebuah blok di situ.
Menurutnya, seorang daripada suspek berusia 14 tahun tinggal di kawasan berkenaan manakala dua lagi rakannya berusia 12 dan 15 tahun tinggal di Kampung Kubu Gajah.
“Suspek mengaku menyembunyikan motosikal di rumah rakannya selepas disoal siasat oleh anggota biro keselamatan yang bertindak menahannya ketika dia pulang ke rumah,” katanya.
Difahamkan, dua hari sebelum itu suspek ditahan pengawal keselamatan selepas membawa motosikal terbabit keluar namun mengaku ia kepunyaan abangnya.
Ketiga-tiga suspek kini direman untuk siasatan lanjut selepas mengaku terlibat mencuri motosikal tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan penangkapan ketiga-tiga suspek.
Katanya, mereka kini direman untuk siasatan lanjut selepas mengaku melakukan perbuatan jenayah terbabit.
Beliau berkata, ibu bapa dinasihatkan sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak terutama ketika cuti persekolahan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: