Saturday, November 3, 2012
KLIA2 siap ikut jadual
SEPANG – Pembinaan terminal baharu penerbangan tambang murah, KLIA2 kini sudah 70 peratus siap dan ia mengikut jadual untuk mula beroperasi pada 1 Mei 2013.
Menurut Pengurus Besar Pembinaan KLIA2, Mohd. Zaifuddin Idris, pembinaan dijangka selesai pada Januari 2013 manakala segala infrastruktur bakal siap pada penghujung Mac.
Katanya, sebanyak 14 buah syarikat penerbangan tambang murah bakal beroperasi di KLIA2 apabila terminal baharu itu beroperasi.
“Selain 12 syarikat penerbangan tambang murah yang kini beroperasi di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) ketika ini, dijangkakan dua lagi syarikat penerbangan tambang murah bakal beroperasi di KLIA2,” katanya sempena majlis pemasangan struktur terakhir Jambatan Udara KLIA2 berharga RM150 juta di sini semalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: