Jay Jay tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan bekas ahli-ahli Carefree.Jay Jay atau nama sebenarnya Mohd. Fauzi Darus berkata, sejak berpecah pada 31 Disember 1982, dia tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan bekas ahli kumpulan itu namun dia mempunyai matlamat tersendiri dalam hidup.
"Saya tak tahu di pihak sana (ahli-ahli Carefree lain), tetapi kalau tanya saya, kami memang tidak mempunyai isu yang berbangkit.
"Cuma saya mempunyai agenda tersendiri di mana agak sukar sekiranya saya kembali bersama-sama dengan Carefree. Banyak yang perlu difikirkan, walaupun ia kedengaran remeh.
"Saya risau jika tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya kepada Carefree memandangkan saya juga mempunyai karier sebagai penyanyi solo. Nanti rasa tak seronok pula apabila dilihat seperti pentingkan diri," katanya.
Carefree
bakal membuat kemunculan semula. Dari kiri (drpan), Raja Rashid, Hadi
dan Simon serta (dari kiri belakang), Charles Paiva dan Raja Rahman. Kemunculan semula kumpulan itu dijangka pada hujung tahun ini yang kan menampilkan Hadi Hassan sebagai vokalis dan pemain bes, menggantikan tempat Jay Jay.
Hadi yang juga adik kepada penyanyi tersohor, Salamiah Hassan di undang oleh empat orang bekas anggota Carefree iaitu Charles Paiva (pemain keyboard), Simon Justin Leo (gitaris), Raja Rahman (drum) dan Raja Rashid (saksofon/seruling).
Dalam pada itu, Jay Jay turut menegaskan tidak berkecil hati walaupun kemunculan semula kumpulan tersebut tanpa penglibatannya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: