Thursday, November 8, 2012

i-Great Teras selesai masalah kewangan


TIMBALAN Ketua Bahagian Ejen Pengedaran, Ariff Azhan Abd. Ghani (kiri), Zafri (tengah) dan Timbalan Presiden Pembangunan Produk GETSB, Shizal Fisham Ramli bergambar pada majlis pelancaran pelan i-Great Teras di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Orang ramai kini berpeluang untuk menjalani kehidupan bebas daripada masalah kewangan melalui pelan takaful keluarga baharu, i-Great Teras, yang diperkenalkan oleh Great Eastern Takaful Sdn. Bhd. (GETSB).
Menurut Ketua Kewangannya, Zafri Ab. Halim, pelan tersebut membolehkan hutang persendirian atau perniagaan pemegang polisi dapat dilangsaikan walaupun mereka sudah meninggal dunia.
“Ramai rakyat Malaysia dibebani hutang untuk memenuhi kehidupan mereka seperti penggunaan kad kredit, pembiayaan rumah, kos perubatan, pinjaman pendidikan dan sebagainya.
“Melalui i-Great Teras, mereka kini tidak perlu risau untuk menyelesaikan hutang-hutang tertunggak kerana semuanya akan diuruskan melalui wang yang dilaburkan dalam pelan ini,” katanya pada majlis pelancaran pelan i-Great Teras GETSB di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: