Diana dan Farid semasa hari pernikahan mereka pada 3 November lalu. Menerusi laporan Kosmo! pada Selasa, berita tersebut dikongsi oleh pasangan selebriti itu menerusi gambar alat ujian kehamilan Diana yang dimuat naik dalam laman sosial Twitter dan Instagram mereka.
"Hadiah ulang tahun kelahiran yang paling bermakna. Terima kasih kepada Allah S.W.T.," ucap Diana yang dipetik menerusi laman Twitter.
Diana memuat naik gambar alat penguji kehamilan dalam laman Twitter dan Instagram. Pada 3 November lalu pasangan selebriti itu telah selamat bernikah dalam upacara yang berlangsung di Hotel Flamingo by The Lake, Ampang.
Majlis resepsi pasangan itu pula akan diadakan pada 30 November ini di Kuala Lumpur dan diikuti dengan majlis di pihak keluarga Farid di Jitra, Kedah pada 12 Disember.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: