Black
berkata sepanjang bergelar artis rakaman pengalaman bekerjasama dengan
Malique menerusi lagu Teman Pengganti adalah antara paling berharga
buatnya.Black atau nama sebenarnya, Hanifah Md. Hanafiah, 25, berkata, pengalaman bekerjasama dengan Malique menerusi lagu Teman Pengganti adalah antara paling berharga buatnya.
"Seperti mana kita tahu Malique mempunyai sentuhan magis terhadap lagu-lagu ciptaannya dan peluang bekerjasama dengan beliau adalah sesuatu saya impikan.
"Walaupun beliau enggan mengadakan persembahan dengan saya untuk lagu tersebut saya menghormati keputusannya dan ingin bekerjasama lagi pada masa akan datang," ujarnya kepada mStar Online.
Teman Pengganti yang popular ketika ini adalah ilham melodi pembukaan lagu nyanyian Noorkumalasari iaitu Hati Seorang Kekasih yang pernah popular pada tahun 80-an.
Black dan RJ ketika mempersembahkan lagu Teman Pengganti semasa pelancaran Shout! Awards di Kuala Lumpur minggu lalu. Dalam pada itu, Black berkata, penampilan pengurusnya iaitu Helmy Hamdan sebagai pengganti tempat Malique untuk persembahan lagu tersebut secara “live” adalah tepat.
Black berkata, dia tidak menyangka Helmy mempunyai bakat besar sebagai penyanyi rap malah Malique sendiri menyukai cara Helmy membawakan lagu tersebut.
"Sebenarnya sebelum mengambil Helmy pihak syarikat rakaman telah terlebih dahulu merujuk kepada Malique dan beliau bersetuju selepas berpuas hati dengan gaya persembahan Helmy yang baik," jelasnya.
Tambah Black, dia juga telah memberi nama baru kepada Helmy iaitu RJ (Rapper Jambang) berikutan imejnya yang berjambang.
Sementara itu, Black berkata, album terbarunya akan berada di pasaran pada tahun hadapan dan mengakui mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan kerana mahu hasilnya memuaskan hati peminat.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: